Air Selangor

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd atau Air Selangor (dahulu dikenali sebagai Syarikat Bekalan Air Selangor atau SYABAS) ialah sebuah syarikat konsesi air milik Kerajaan Negeri Selangor yang bertanggungjawab menawarkan perkhidmatan pembekalan air di Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.